THE OFFICIAL LAUNCHING MESSAGE FROM THE PRESIDENT,
SARAWAK SCOUTS COUNCIL 


SEKAPUR  SIRIH
Daripada Yang Berhormat Datuk Haji Adenan Haji Satem
Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sarawak.
Sempena perlancaran laman web www.sarawakscouts.org.my pada 24.Mei 2000.

 
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana denga limpah kurniaNya 
maka pihak Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sarawak berjaya menyediakan 
Laman Pengakap seperti yang dituntut oleh perkembangan teknologi meklumat.
Usaha ini tentu sekali mencatatkan satu lagi kemajuan yang dicapai 
oleh pergerakan Pengakap di Negeri Sarawak.
 
Selaras dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat, maka 
pergerakan Pengakap perlu menerapkan penggunaan teknologi maklumat 
sebagai alat dalam memupukkan imej pengakap untuk mewujudkan kesedaran
tentang “Bergiat Dalam Pergerakan Pengakap Untuk Apa” dan Bergiat 
Dalam Pergerakan Pengakap Untuk Siapa.
 
Memanglah tepat pada waktu Pergerakan Pengakap Sarawak mewujudkan 
Laman Web dan menguruskan Laman Pengakap bersempena dengan Bengkel 
Teknologi Maklumat dan Perhubungan Awam serta menganjurkan Jambori
Pengakap BIMP-EAGA selepas bengkel ini perlancaran Laman Web Pengakap 
ini akan mendekatkan jarak dan memendekkan masa komunikasi antara 
penghantar dan penerima maklumat dan pengguna-pengguna lain.  Tambahan
pula Laman Web Pengakap ini tetap mesra pengguna dan tidak memerlukan 
kemahiran yang lebih untuk menggunakannya serta mudah disemak lewa.
 
Penggunaan Laman Web ini dapat meningkat penyebaran maklumat tentang 
pergerakan pengakap kepada semua pihak.  Disamping itu, Laman Web 
ini turut menjadi arena untuk Ibu Pejabat Pengakap berkomunikasi dengan
anggota-anggota Pengakap secara bebas dan menerima maklum balas 
daripada orang ramai yang boleh mencapai Laman Web ini pada bila-bila masa..
 
Sesungguhnay saya berharap agar anggota Pengakap dan orang ramai 
dapat memperolehi faedah yang besar daripada pelancaan Laman Web Pengakap ini.
 
Sekian.

 
“BERKHIDMATAN UNTUK NEGARA MELALUI PENGAKAPAN”

 

[Main]